Sunday 17 February 2013

Penyokong perlu bersabar beri masa Kelantan bangkit


Ramai dikalangan penyokong dan peminat Kelantan tidak puas hati dengan prestasi untuk musim ini. Perkembangan pasukan menjadi perbualan kebanyakannya tertumpu kepada kelemahan pasukan Kelantan.

Sekarang Kelantan berdepan dengan masalah ketajaman penyudah yang kebanyakan akan memberi semangat kepada pemain jika pasukan itu mempunyai pemain yang mampu menyudahkan bola kegawang.

Dalam mana mana pasukan pun jika tidak mempunyai pemain yang mampu menyudahkan hantaran bola kegawang semangat pemain sedikit tercabar kerana kebanyakan bola yang cuba dibawa masuk tidak mampu memberi satu serangan bahaya untuk pihak lawan.

Pemain tentu merasa hampa kerana tidak dapat menyudahkan bola kedalam gawang lawan. Pemain juga akan tertekan kerana diasak penyokong yang tidak puas hati dengan permainan ketidak mampuan menjaringkan gol. Tekanan ini akan merosakkan semangat pemain meneruskan permainan dengan baik kerana hantara sering dapat dipatahkan lawan.

Jentera serangan perlu tajam untuk memberi semangat kepada pasukan membuat hantaran kerana pasukan ahu hantaran yang dibuat akan dapat ditembusi ke gol pihak lawan. Permainan akan menjadi lebih menarik kerana pasukan lebih bersemangat melihat striker membawa bola mencabar pertahanan dan penjaga gol.

Sorakan dari peminat juga akan meembuat pemain juga akan bersemangat dan keyainan diri lebih tinggi untuk bermain dengan baik.

Striker diharapkan mengembalikan kegemilangan Kelantan
Semua ini berkait hanya bila terdapat striker yang mampu membawa bola ke kawasan lawan. Pemain bersemangat untuk bermain bila setiap serangan yang digerak akan membawa satu situasi bahaya kepada pihak lawan.

Penyokong tentu sedar perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Indonesia dimana pemain yang diuji sebagai striker mampu membawa bola hampir kegwang lawan. Bagaimana riaksi penyokong bila striker kita membuat kejutan dengan serangan bahaya. Ambo dapat rasa kembalinya gemuruh dalam stadium dengan sorakan bila pemain terutama striker membuat gerakan bahaya di pintu gol lawan.

Gemuruh sorakan ini adalah kerana pemain kita mampu memberi tentangan hebat kepada lawan. Kita  sebagai penyokong tentu merasa gembira kerana melihat peain kita memberi tentanga hebat kepada pihak lawan. Melihat pemain bermain denga tektikal menarik akan memberi kepuasan kepada kita untuk terus menyokong pasukan. Sekaligus kita juga akan berbangga dengan pasukan kerana bermain dengan baik dan digeruni lawan walau dimana saja bermain.

Gandingan bersama Dickson
Sekarang kita perlu bersabar untuk perubahan yang sedang diatur. Akan sampai masa nanti kita akan melihat stadium akan bergema dengan sorakan penyokong. Paling hebat sorakan menyokong Kelantan akan bergema di setiap stadium di Malaysia.

Jangan putus asa dengan prestasi Kelantan buat sementara masa ini. Kesilapan yang telah diakui dan kesilapan yang sedang diperbaiki dengan giatnya. Kita patut menyokong pengurusan Kelantan agar mereka gembira dan bersemangat membuat pembaikian dan perubahan demi kejayaan kita bersama.

Tunggak kebangkitan Kelantan
Bagi yang sudah tidak ada apa lagi yang nak dibincangkan ketika Kelantan dalam mod kemerosotan berfikirlah secara positif. Jangan dinafikan Kelantan ketika kemerosotan ini. Kelantan akan bangun dengan sokongan kita semua. Selama ini pun kita bersorak dan memuji malah berbangga menjadi anak Kelantan kerana kejayaan Kelantan, tidak patut kita lupakan.

Masa akan kembali cuma perlukan sedikit pengorbanan. Sokonglah Kelantan walau apa pun situasi. Kita anak Kelantan setia dengan dengan Kelantan.

Friday 15 February 2013

Kelantan lewat bertindak


Sayang Kelantan kecundang di tempat lawan dalam aksi pertemuan dengan Selangor. Selangor bermain begitu baik dengan kelebihan striker mampu mengasak pintu gol Kelantan. Banyak percubaan Selangor separuh masa pertama menterjemahkan bahawa pertahanan Kelantan terlalu sibuk untuk pertahankan dari serangan Selangor.

Jurulatih Kelantan terlewat mengesan kelemahan jentera tengah yang banyak membocorkan bola sehingga pertahanan terpaksa bekerja keras mematahkan serangan. Bnayak hantaran bahagian tengah tidak menepati sasaran. Hantaran dibuat dengan mudah dapat dipintas pemain Selangor.

Penyokong Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan semalam dan mungkin perlawanan akan datang kerana Kelantan tidak mempunyai cukup pemain. Kelantan tidak mampu membuat serangan merbahaya kerana tidak mempunyai striker yang baik. Seperti kita lihat striker Kelantan tidak dapat memberi tentangan kepada Selangor dalam perlawanan semalam.

Kelantan mungkin akan berdepan dengan banyak kekalahan kerana untuk menunggu musim pendaftaran pemain baru hanya akan dibuka pada April nanti. Kelantan akan menempuh lima lagi perlawanan sehingga April nanti.

Sudah pasti penyokong dapat mengagak kedudukan Kelantan sehingga april nanti. Kelantan akan berdepan dengan banyak tentangan dari pasukan lain kesempatan kelemahan yang ada pada Kelantan sekarang.

Kalau Kelantan bernasib baik keputusan seri amat melegakan jika tidak kekalahan akan memanjang dalam setiap perlawanan. Ambo yakin Kelanan akan memberi tetangan sengit tanpa memberi pasukan lain menang mudah.

Penyusunan pemain semalam dilihat sebagai lewat mengesan kelemahan dan tindakan diambil hanya menunggu pengadil meniupkan wisel rehat. Kelantan sepatutya membuat pertukaran segera setelah Selangor menjaringkan gol pertama kerana telah jelas jentera tengah Kelantan amat lemah.

Kehadiran Piya dan Faiz menukar rentak permainan dan mampu membuat gerakan bahaya didepan pintu gol Selangor. Pemain Selangor kelihatan tidak mampu membaca gerakan Piya dan kelibat pantas Faiz mengasak gawang.

Jurulatih sepatutnya membuat pertukaran segera dalam separuh masa pertama lagi. Mengatasi masalah pemain tengah yang tidak menjadi.

Kelantan mesti lebih berhati hati kerana ada banyak lagi perlawanan sementara menunggu april nanti. Penyokong Kelantan tentu berharap Kelantan mampu membuat sesuatu untuk bertahan tidak dikalahkan setiap perlawanan. Paling mustahak pertahankan rekod tanpa kalah dilaman sendiri.

Kelantan masih ada ruang menyusun semula dengan keputusan semalam sebagai kayu ukur. Marilah kita memberi sokongan penuh walau masa ini Kelantan mengalami kemerosotan.

Thursday 14 February 2013

Peminat bolasepak umpama pemain profesional yang tidak bermain


Dalam perlawanan bolasepak ramai penonton yang memberi pendapat atau teguran atau cemuhan kerana pemain tidak bermain dengan baik.

Kalau kita dengar  tentu kita tidak selesa kerana mereka bercakap macam mereka pandai bermain atau tahu selok belok tektikal permainan. Kita jadi rimas dengan lolongan merka hingga kita nak tumpukan kepada permainan tidak selesa.

Mengapa mereka pandai pandai memberiarahan kepada pemain bermain ikut kehendak mereka hingga jurulatih pun mereka beri arahan agar ditukar pamain yang tidak bermain dengan baik ( mengikut pendapat mereka ).

Gambar hiasan
Jika kita perhatikan ada betul jugak mereka tidak puas hati dengan permaian pemain sebab itu mereka marah dan memberi arahan terus kepada pemain ( kemungkinan besar pemain tidak dengar pun suara mereka waktu tu ) melangkaui tugas jurulatih.

Jika kita perhatikan kepada peminat bolasepak kita mungkin dapat perangkaan  kekerapan mereka menonton perlawanan bolasepak samada dalam tv atau stadium. Ambo pasti peminat bolasepak banyak menonton dalam tv siaran astro.

Perangkaan Ambo seorang peminat bolasepak menonton perlawanan bolasepak dalam siaran tv paling kurang satu perlawanan dalam sehari. Ini bermakna peminat bolasepak mendapat pengalaman  melihat perlawanan 90 minit setiap hari.

Permainan yang hebat mendapat sokongan penuh
dari penyokong
Ambo yakin itu pengalaman besar dalam melihat bebagai corak permainan dan tektik permainan.  Mereka telah biasa menonton perlawanan pasukan hebat bertaraf dunia dalam tv. Tidak hairanlah jika peminat bolasepak bila menonton perlawanan liga tempatan mereka boleh memberi arahan dan cemuhan bila pemain tidak bermain dengan standard pengalaman mereka menonton .

Tidak boleh nak marah kepadapenonton kerana bagi Ambo mereka juga mempunyai pengalaman secara teori atau pengalaman dalam perlawanan bolasepak.

Jika permainan tidak mencapai standard pemain hebat mereka akan merasa bosan dan mula gelisah untuk terus menonton perlawanan.

adi untuk mendapat penghargaan dari peminat paling penting sekali bila pemain dapat menjaringkan gol  dan bila pemain menguruskan bola dengan baik melalui hantaran kepada rakan dengan cekap dan pantas.

Permainan yang menarik akan memberi sokongan penuh penyokong kepada pasukan kesukaan mereka.

Selamat menonton.

Perlu ada gadingan bersama Manjou

Percaturan Bojan malam esok menjadi penentu kepada kedudukan Kelantan dalam carta liga. Mampukah Bojan pertahankan kedudukn sebagai pasukan pernah berada di puncak liga kembali menunjukkan harapan kepada penyokong.

Bojan perlu lakukan sesuatu yang menyakinkan penyokong setia Kelantan bagi mendapatkan tiga mata berharga atau sekurang kurangnya berkongsi mata dengan Selangor. Kelihatan sukar tapi tidak mustahil jika percaturan Bojan menjadi dengan apa yang ada.

Keita Manjou perlu gndingan
Kelantan dengan kekurangan striker berbisa dilihat hampir sama dengan pasukan belasahan. walau jentera pertahanan kebal tapi itu tidak memberi keyakinan moral kepada pemain jika tidak mampu menjaringkan gol.

Harapan Kelantan mungkin bersama Dickson
Manjou mungkin masih sebagai striker malam esok tapi jika Manjou tidak disusun dengan baik Kelantan mungkin akan kempunan gol. Pendapat mbo perlu ada seorang bersama Manjou bagi mengimbangi kekurangan Manjou dibarisan hadapan.

Menanti musim peralihan april nanti akan lebih menyukarkan untuk Kelantan jika tidak dilakukan sesuatu kepada bahagian hadapan. Manjou mungkin perlu dibantu keupayaannya yang terhad sekarang. Untuk masa terdekat ini mungkin itulah yang terbaik untuk serangan Kelantan.

Kelantan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pasukan lain. Corak permainan Kelantan lebih baik dari pasukan lain walau mempunyai ramai pemain bintang. Kelantan mempunyai corak tersendiri dalam permainan yang akan menyakinkan penyokong. Keberkesanan ini akan jelas terlihat dengan kehadiran striker berbisa.

Ambo yakin Keantan mampu pertahankan rekod kalah hanya sekali sahaja untuk musim ini.



Wednesday 13 February 2013

Pertemuan dengan Selangor bakal meletihkan pertahanan Kelantan

Jika Kelantan masih belum mampu menurunkan striker bagi pertemuan dengan Selangor Jumaat nanti, amat sukar untuk Kelantan mendapat kemenangan. Pertemuan dengan Selangor nanti dijangka sengit kerana kesempatan ini keadaan Kelantan masih tidak mempunyai striker bahaya masih belum dapat diatasi.

Selangor akan menyusun strategi serangan bertali arus kepada kubu Kelantan kerana Selangor faham kubu Kelantan amat sukar ditembusi. Serangan bertali arus untuk 45 minit pertama akan memenatkan pertahanan Kelantan.

Selangor akan menyusun strategi serangan ke kubu Kelantan bagi memastikan mendapat gol awal. pertahanan Kelantan akan diuji sepanjang 45 minit pertama ini. Jika pertahanan Kelantan berjaya bertahan dalam 45 minit pertama peluang untuk mendapat seri mungkin berhasil.

Malang buat masa ini Kelantan tidak mendapat khidmat striker bahaya yang mampu mencipta gol untuk Kelantan. Perlawanan lepas menunjukkan Kelantan bermasalah untuk mendapatkan gol dan mengekalkan kedudukan teratas liga.

Jika Kelantan ingin memenangi perlawanan Jumaat nanti satu susunan gerakan ke pintu gol lawan mesti dibuat tanpa mengharapkan striker yang ada. Kemampuan striker Kelantan tidak mampu membantu Kelantan mendapat jaringan.

Striker yang ada boleh mengerakkan bola dengan hantaran jauh atau cubaan dari jarak jauh. Percubaan ini mungkin akan menggerunkan pihak lawan kerana hantaran begini tidak dapat di jangka pertahanan Selangor.

Permainan akan menjadi lebih menarik jika Manjou tidak mencuba membawa bola ke pintu gol atau menunggu hantaran dari bahagian tengah. Kemampuan Manjou kini kritikal. Jika Manjou berada dalam kesebelasan utama Manjou perlu bermain bersama seorang lagi striker sedia ada dalam pasukan Kelantan.

Manjou dinasihatkan bergerak bersama dan banyak membuat hantaran bagi memudahkan rakan memcuba menghasilkan gol. Jika Manjou masih cuba untuk mendapatkan bola bagi percubaan gol, Kelantan akan kehilangan banyak peluang.

Sama sama kita lihat bagaimana jurulatih Kelantan menyusun tektikal bagi mengejutkan Selangor.

Thursday 24 January 2013

Mengukur kemampuan sebenar pasukan


Kemenangan pasukan Pahang dalam enam perlawanan membawa pasukan itu berada dipuncak liga. Pahang dilihat bertuah kerana perlawanan yang dihadapi adalah pasukan yang masih tidak menunjukkan persembahan sebenar mereka.

Walau pun Pahang masih belum bertemu dengan Kelantan namun permainan Kelantan bagi Ambo tidak menunjukkan persembahan sebenar seperti ditunjukkan oleh Kelantan dalam musim lepas. Pahang bernasib baik kerana kebanyakan pasukan bertemu masih tidak mampu beraksi dengan aksi sepatutnya.

Mungkin banyak kelemahan yang dihadapi pasukan dikira hebat pada musim lepas termasuk Kelantan. Permasalahan dihadapi pasukan adalah kerana masalah kesesuaian pemain dan keserasian pemain dengan pasukan baru.

Bagi Ambo permainan sebenar akan dapat kita lihat bila pasukan telah mengenal pasti kelemahan yang dihadapi dengan pemulihan secara drastik akan diambil. Seperti juga Kelantan kita lihat mempunyai kelemahan dibahagian striker. Kelemahan ini sudah pasti menjadi perhatian utama pengurusan pasukan bagi mengatasi kelemahan.

Bagi penyokong tidak perlu rasa bimbang dengan perkembangan Kelantan semasa ini kerana itu hanya bersifat sementara.kita mestilah memberi kepercayaan kepada pengurusan pasukan mengatasi kelemahan yang dihadapi.

Kebanyakan kita lihat penganalisis memberi komen mereka hanya berdasarkan kemenangan dan jaringan gol setiap pasukan itu. Pasukan itu akan menjadi kuat kerana kemampuan jaringan dibuat. Walau pun pasukan lawan  tidak berada dalam situasi baik atau kekuatan sebenar, kemenangan itu bukanlah sbaiknya menjadi ukuran sebenar.

Perkara ini perlu juga dilihat kepada pasukan yang menjadi lawan mereka. Bagaimana kedudukan pasukan itu. Adakah pasukan lawan itu betul betul dalan keadaan prestasi yang baik atau sedang berdepan dengan masalah pemain. Perhatian akan nilai sebenarnya adalah selepas pasukan itu berjaya memulihkan kedudukan pemain mereka dan perlawanan dilihat seimbang. Persembahan pasukan dilihat hebat dengan gerakan dan tektikal. Walau kalah tapi itu kekuatan sebenar dan pengukurnya adalah disitu.

Tentu kita masih lihat bagaimana Kelantan berdepan dengan lawan yang dikira kuat juga musim lepas seperti Selangor, Lions12 dan juga Terengganu. Pertemuan Kelantan dengan pasukan ini dinanti nantikan oleh setiap peminat bolasepak terutama penyokong Kelantan.

Begitulah situasi sebenar Kelantan ketika itu. Perbandingan dengan musim ini malang sedikit bagi Kelantan permulaan musim tidak mendatangkan pemain yang betul konsisten dengan pasukan dan perlawanan.

Beri peluang kepada pengurusan Kelantan membuat pemulihan dengan kebijaksanaan pengurusan Ambo pasti Kelantan akan bangkit dari kelemahan ini. Kita sebagai penyokong tidak harus meletakkan Kelantan sebagai pasukan yang akan gagal dalam musim ini.

Tuesday 22 January 2013

Kelemahan Kelantan dilihat hanya bersifat sementara.


Perlawanan kelihatan hambar namun tidak boleh juga dipersalahkan kepada pemain kerana Kelantan tidak mempunyai striker yang berbisa seperti pasukan lain. Kebanyakan hantaran dari bahagian tengah tidak mampu disudahkan.

Penyokong yang datang menonton perlawanan semalam kelihatan hampa dengan persembahan pasukan Kelantan tapi Ambo yakin mereka faham situasi yang ditempuhi oleh pasukan Kelantan. Ambo yakin keadaan ini hanya bersifat sementara kerana kelantan mempunyai masa untuk perbetulkan keadaan.

Walau permainan semalam tidak konsisten namun hanya bahagian striker sahaja kelihatan tidak berfungsi untuk menyudahkan hantaran bola. Amat ketara sekali permainan semalam tidak menjadi. Setiap hantaran masih tidak memberi keselesaan kepada pemain lain membawa bola. Pasukan seolah masih lagi tidak memahami tektikal hantaran bola atau dengan kata lain masih tidak sefahaman.

Biasanya keadaan ini hanya sementara, pasukan akan menemui sentuhan untuk beberapa perlawanan nanti. Harapan kepada pengurusan agar memberi perhatian kepada bahagian yang kurang berkesan. Sepastinya Kelantan mempunyai kelebihan yang masih tidak mampu ditunjukkan lagi kerana ada bahagian yang tidak lengkap.

Negeri Sembilan tidak boleh merasa selesa dengan persembahan Kelantan semalam kerana ia akan bersifat sementara. Kelantan akan bergerak kedepan bila masalah striker dapat diatasi. Menjelang musim pertukaran pemain nanti penyokong akan melihat kebangkitan Kelantan. Sudah pasti Kelantan tiak akan mengecewakan penyokong setia mereka.

Selamat berjaya Kelantan